http://kglonek.blogspot.com

Pelancaran Laman Web Rasmi Kampung Lonek

Dirasmikan oleh: Tuan Wan Razali bin Wan Awang,Pegawai Daerah Jempol

Tempat : Balai Raya Kampung Lonek

Tarikh : 16 April 2012

Homestay Lonek

Rumah Contoh Homestay

Menikmati dan merasai hidup di desa

BONGAI

Kumpulan Kebudayaan Kampung Lonek

Keasyikan alunan paluan gong dan rebana - persembahan 'Bongai'

Sambutan Selamat Datang

Selamat Datang

Pelancong dan tetamu yang datang di sambut dengan paluan gendang pacik dan bunga manggar

Sawah Padi

Luas mata memandang dengan kehijauan desa

Sawah Padi merupakan salah satu keunikan di Kampung Lonek

PENGENALAN

KPW Kg Lonek ditubuhkan pada September 1987 hasil cetusan idea daripada Pn. Siti Rahmah bt Zakaria, Pembantu Pertanian Seksyen Usahawan pada ketika itu. Penubuhan KPW Kg Lonek adalah kerana Kg lonek merupakan sebuah kampung tradisi yang masih mengekalkan aktiviti pertanian yang menjadi sumber pendapatan utama masyarakat kampung.

Melalui KPW Kg Lonek, ahli-ahlinya mendapat pendedahan melalui kursus, ceramah, seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian dan agensi-agensi lain seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), RISDA, KEMAS dan MARA. Penubuhan KPW juga telah melahirkan ramai usahawanita yang berjaya. Ia menjadi titik tolak dimana ramai ahli KPW menceburkan diri dalam bidang perusahaan industri kecil dan sederhana IKS samada secara berkumpulan mahupun individu.


MOTO, VISI & MISI KPW KG. LONEK

Moto
Wanita Berwawasan, Kampung Cemerlang, Masyarakat Gemilang

Visi
Melahirkan usahawan terbilang dikalangan ahli KPW Kg. Lonek

Misi
Membentuk satu kumpulan wanita yang berdaya maju, bekerjasama kearah mencapai hasrat menjadi usahawan berteraskan keilmuan yang mantap, dengan nilai0nilai murni dan bersandarkan pengurusan yang efisyen dan terkini.

CARTA ORGANISASI KPW KG. LONEK

0 Response to "Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Kampung Lonek"

Post a Comment

    Featured-video

    Tag-cloud