http://kglonek.blogspot.com

Pelancaran Laman Web Rasmi Kampung Lonek

Dirasmikan oleh: Tuan Wan Razali bin Wan Awang,Pegawai Daerah Jempol

Tempat : Balai Raya Kampung Lonek

Tarikh : 16 April 2012

Homestay Lonek

Rumah Contoh Homestay

Menikmati dan merasai hidup di desa

BONGAI

Kumpulan Kebudayaan Kampung Lonek

Keasyikan alunan paluan gong dan rebana - persembahan 'Bongai'

Sambutan Selamat Datang

Selamat Datang

Pelancong dan tetamu yang datang di sambut dengan paluan gendang pacik dan bunga manggar

Sawah Padi

Luas mata memandang dengan kehijauan desa

Sawah Padi merupakan salah satu keunikan di Kampung Lonek

PENDIDIKAN

Posted by Unknown On 21:18
STATISTIK SEKOLAH BERHAMPIRAN KAMPUNG LONEK

Jenis/Bidang
Tadika/Taska
Sekolah Kebangsaan
Sekolah Menengah
Sekolah   Berasrama Penuh
Sekolah Agama
Bilangan
12111
  
 
TADIKA/TASKA

Image

Taman Bimbingan Kanak-kanak (KEMAS)  Serting Ilir ini terletak 2 kilometer dari Kampung Lonek. Ia didirikan untuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak masyarakat setempat termasuklah Kampung Lonek. Kanak-kanak yang diterima di sini adalah berumur 4, 5 dan 6 tahun.

Taman Bimbingan Kanak-kanak (KEMAS)  Serting Ilir
72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan.
 
 
SEKOLAH RENDAH

Terdapat 2 buah sekolah yang berhampiran dengan Kampung Lonek. Pertama ialah Sekolah Kebangsaan Batu Kikir terletak kira-kira 4 kilometer dari Kampung Lonek dan kedua ialah Sekolah Kebangsaan Serting Ilir yang terletak kira-kira 3 kilometer. Murid-murid di sekolah ini kebanyakannya terdiri daripada komuniti setempat yang tinggal berhampiran.

i) Sekolah Kebangsaan Batu Kikir

Image

Sekolah Kebangsaan Batu Kikir bermula sekitar tahun 1964. Pada awalnya, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris, Batu Kikir. Sesi pembelajaran di sekolah ini hanya satu sesi sahaja iaitu sesi pagi.

Sek. Keb. Batu Kikir
72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Tel : 06-4981311
Faks : 06-4985404

ii) Sekolah Kebangsaan Serting Ilir

Image

Sek. Keb. Serting Ilir
72100 Bahau,
Negeri Sembilan.
Tel : 06–4985407 
 
 
SEKOLAH MENENGAH 
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (Model Khas)

Image

Pada Januari 1965, SMKBK telah ditubuhkan di bawah kelolaan En. Yusuf bin Kassim, Guru Besar yang pertama. Pada awalnya, SMKBK telah menumpang di Sek. Keb. Batu Kikir dan pelajarnya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah kebangsaan berhampiran. SMKBK telah dirasmikan pada 14 Ogos 1976 oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Pada bulan Julai 2002, SMKBK telah menjadi sekolah perintis yang melaksanakan Projek Sekolah Model Khas iaitu ke arah pendidikan yang berkesan berkonsepkan gabungan pendidikan rendah dan menengah yang pertama di Negeri Sembilan. Kini pada tahun 2009, bilangan pelajar SMKBK hampir mencecah 1,430 pelajar termasuk pelajar cemerlang pendidikan rendah dan menengah. Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (Model Khas) merupakan satu-satunya sekolah menengah yang berhampiran, iaitu terletak dalam 3.5 kilometer dari Kampung Lonek.

SMK Batu Kikir (Model Khas)
72200 Batu Kikir, Bahau,
Negeri Sembilan.
Tel : 06–4981393
Faks : 06–4982620
http://www.smkbatukikirmodelkhas.edunet.my
 
 
Sekolah Berasrama Penuh

Sekolah Berasrama Penuh IntegrasI Jempol (SBPIJ)

Image

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (SBPIJ) telah mula dibuka pada 7 Januari 2002. Pada peringkat awal, sekolah ini lebih dikenali dengan nama Sek. Men. Keb. Agama Jempol (SMKAJ) sebelum menjadi Sek. Men. Agama Persekutuan Jempol (SMAPJ). Ia kemudian telah dinaiktarafkan menjadi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (SBPIJ) pada 3 Disember 2002. Sekolah ini menawarkan pendidikan dalam aliran Sains Agama, Sains Tulen dan Sains Teknikal. Jumlah pelajar SMBPIJ kini mencecah 530 orang pelajar berbanding pada awal pembukaan, seramai 179 orang. SBPIJ terletak 500 meter dari SMK Batu Kikir.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (SBPIJ)
72200 Batu Kikir, Bahau,
Negeri Sembilan.
Tel : 06-4985978
Faks : 06-4984167
http://www.sbpij.edu.my 

0 Response to "PENDIDIKAN"

Post a Comment

    Featured-video

    Tag-cloud